Pertandingan Busana Muslimah 2012 anjuran JKKN

Assalamualaikum,
semua sihat tak? diharap semua dalam keadaan yang baik-baik aja ya..

post kali ni,qila nak cerita tentang aktiviti bulan ramadhan haritu..maaf ye lambat update..

ok,seperti yang semua orang tau masa bulan ramadhan qila dapat tawaran memperaga di sungei wang plaza yang dianjurkan oleh JKKN..event ni berlangsung selama 4 hari..setiap hari sabtu dan ahad..last day tu ada pertandingan busana muslimah..banyak juga butik yang join..

Masa pertandingan tu qila memakai pakaian dari butik SALSABEELA MUSLIAH ATTIRE .Haaaa mesti semua macam biasa dengar dan lihat je nama butik ni kan..hehe..yes betul! sila lihat post-post dibawah..;) baju Salsabeela memang cantik serta boleh pakai kerja/ jalan-jalan/ event seperti Raya,Wedding, & sebagainya..

Dan baju kedua dari seorang pereka baru dari UiTM (Nurul Syada) kalau qila tak silap..qila bekerjasama last minit,takde fitting baju pun..jumpa pun sejam sebelum acara bermula..haaa jadi qila memang tak tahu akan pakai baju design macam mana..dalam hati masa tu duk fikir-fikir gak..yela nak gayakan baju tu supaya nampak cantik,pertandingan kan..jadi qila kena lah perform yang terbaik sebagai wakil untuk Nurul syada..masa tu memang tak fikir nak menang ke kalah ke..sebab qila hanya fokus untuk memperaga..jadi qila mesti nak buat yang terbaik untuk semua designer yang bekerjasama dengan qila..^_^

Untuk tidak membebel dengan panjang lebarnya..qila ringkaskan yang malam tu designer Nurul Syada telah memenangi Tempat Pertama..yeayyy qila tumpang gembira..design baju dia memang unik dan sangat cantik..jatuh hati kalau semua orang tengok..
ok..inilah dia baju rekaan Nurul Syada..cantik tak?? haaa dah cakap mesti semua suka..
inilah dia rekaan Nurul Syada yang memenangi tempat pertama..TAHNIAH! 

sekarang qila nak share baju dari SALSABEELA MUSLIMAH ATTIRE....
tadaaa..inilah dia..maaf ye qila takde full view untuk baju ni.
rekaan Salsabeela muslimah attire ni pun dapat saguhati..walaupun tak menang..Tapi bagi qila,semua yang bertanding baju-baju dia memang cantik..bagi qila semua dah juara..haha..ayat klise kan..tapi betul dan jujur apa yang qila cakap..^_^

Oh ya, pasal story event ni ada masuk dalam Hijabista Magazine keluaran Okt haritu..so pada siapa-siapa yang ada beli boleh lah baca balik ye..hehe..

sampai disini sahaja ye..ouh panjang jugak post kali ni..semangat buat esei..haha..ok semua, TERIMA KASIH sudi membaca..Sayang semua!




Comments

Popular Posts